Dekorasi Hiasan Merdeka 2020

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Bagi menyambut hari kebangsaan pada 31 Ogos yang ke-63, Pusat Internet Kg Chengal telah mendekorasi PI dengan kibaran jalur gemilang supaya kelihatan menarik serta bersesuaian dengan tema kemerdekaan. Selain itu, dekorasi utama bagi bulan kemerdekaan ini ialah hiasan Jalur Gemilang yang memenuhi ruangan di dalam pusat internet.

Tujuan aktiviti:
- Melahirkan semangat patriotisme dan rasa cinta akan negara dalam kalangan pengunjung serta staf Pusat Internet.
- Memeriahkan dan menceriakan pusat internet dengan hiasan bertemakan kemerdekaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas